Pilihan Raya Tergempar: Wakil Rakyat Pakatan Harapan Jumpa Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dipercayai mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diadakan pilihan raya negeri.

Pihak media dihalang daripada memasuki lif menuju ke tingkat 28 Komtar yang menempatkan pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun pihak media diminta untuk menunggu di tingkat tiga.

Difahamkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali juga akan mengadakan pertemuan dengan Lim di Pulau Pinang hari ini.

Usaha DAP untuk mengadakan pilihan raya tergempar terbantut apabila rakan sekutunya, iaitu PKR meminta lebih banyak masa untuk mempertimbangkan langkah radikal berkenaan.

Pada Selasa malam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR masih belum yakin dengan tujuan dan matlamat yang diberikan oleh DAP berhubung pilihan raya tergempar.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah membuat keputusan yang memihak kepada pilihan raya negeri pada Isnin malam.

Difahamkan Lim akan bertemu Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di kediamannya di Sri Mutiara di Jalan Utama pada pukul 3 petang berhubung isu berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Pilihan Raya Tergempar

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan