Pilihan Raya Tergempar: Umno P.Pinang Adakan Mesyuarat Khas Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 8:18 PM

Datuk Musa Sheikh Fadzir

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan isu berhubung cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata mesyuarat itu akan diadakan di Bangunan Umno negeri, Jalan Macalister pada pukul 3 petang.

"Mesyuarat akan dipengerusikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan seterusnya diikuti mesyuarat Barisan Nasional negeri pada sebelah malam di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Rabu.

Beliau berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu akan dimaklumkan kepada media kemudian.

Laporan media baru-baru ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang  P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan