TYT Boleh Tolak Pilihan Raya

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 7:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas boleh untuk tidak memberikan persetujuan kepada permintaan Ketua Menteri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya tergempar peringkat negeri.

"Ia adalah dalam kuasa budi bicara Yang di-Pertua Negeri," kata pakar undang-undang perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Katanya, kuasa Yang di-Pertua Negeri dalam perkara itu tidak boleh dicabar.

Ia dinyatakan di bawah Perkara 19 (2) Perlembagaan Pulau Pinang, yang menyatakan bahawa Yang di-Pertua Negeri boleh memprorog - tidak meneruskan sesi dewan undangan tanpa membubarkannya - atau membubarkannya.

Sebarang permintaan untuk membubarkan dewan mesti dikemukakan oleh Ketua Menteri.

"Yang di-Pertua Negeri tidak boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri itu melainkan jika ada permintaan bagi pembubaran dibuat oleh pemimpin negeri ini," katanya.

Shamrahayu berkata pada tahun 2009, Sultan Perak terdahulu, Sultan Azlan Shah telah menggunakan kuasa budi bicara apabila baginda tidak memperkenankan permintaan Menteri Besar pada ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan