PAS Serah Memo Bantah Konsert Selena Gomez

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 6:40 PM

Selena Gomez

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Selangor pada Rabu menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri, menegaskan bantahannya terhadap penganjuran konsert Selena Gomez.

Ketua Pemudanya Hanafi Zulkapli berkata, PAS masih berharap agar pentadbiran negeri ini akan membatalkan konsert itu, yang dijadual diadakan di Stadium Melawati di sini pada 25 Julai.

Mereka berpandangan bahawa penyanyi Amerika itu menggalakkan budaya Barat dan hedonisme.


"Budaya yang dibawa oleh Selena Gomez adalah bertentangan dengan apa yang jadi amalan kita di Malaysia selama ini.

"Kami menyeru supaya konsert itu dibatalkan kerana ia akan memberi kesan negatif yang teruk.

"Konsert itu juga akan menggalakkan gejala sosial seperti penggunaan alkohol, dadah dan pergaulan bebas lelaki dan wanita," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Shahrizal Mohd Salleh.

Ketua Ulama PAS negeri Riduan Rahmat, Ketua Muslimat Wan Hasrina Wan Hassan dan kira-kira 20 ahli sayap hadir semasa mesyuarat ringkas antara Hanafi dan Mohd Shahrizal di lobi bangunan SUK di sini.

Sebelum itu, kira-kira pukul 2 petang, semua pintu di pintu masuk utama bangunan dilihat telah dirantai dan ditutup untuk kenderaan dengan tambahan pengawal keselamatan dan polis yang bertugas.


Pengguna jalan raya telah diberitahu untuk menggunakan pintu masuk lain manakala pelawat yang berjalan kaki terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat sebelum dibenarkan masuk.

Diiringi oleh polis, kumpulan PAS ini masuk ke dalam bangunan dari pintu pagar pada pukul 2.40 petang.

Selepas menyerahkan memorandum itu, kumpulan itu bertemu kira-kira 100 penyokong di luar pintu masuk utama.

Kumpulan itu bersurai kira-kira pukul 3.15 petang dan pintu-pintu dibuka semula kepada orang ramai 15 minit kemudian.

Memorandum PAS menyatakan bahawa konsert yang melibatkan selebriti asing sering membangkitkan unsur-unsur negatif semasa dan selepas acara itu.

Ia juga mendakwa bahawa hiburan pada masa kini telah menyimpang daripada tujuan sebenar.

"Ia telah bertukar menjadi perniagaan dan keuntungan," katanya, sambil menambah pengusaha perniagaan hiburan berlumba-lumba untuk membawa masuk artis popular luar negara tanpa melihat latar belakang dan kemungkinan kesan daripada persembahan mereka.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan