India Mahu Malaysia Ketuai Dunia Perangi Keganasan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 12:27 PM

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri India Narendra Modi ketika kunjungan hormat di kediaman rasminya, Rabu. Ahmad Zahid tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja selama tiga hari bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia dan India.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata India mahu Malaysia berada di barisan hadapan dalam menangani ancaman keganasan dan radikal kumpulan militan Daesh di peringkat global.

Beliau berkata ini dinyatakan dalam pertemuan tertutup antara beliau dengan  Perdana Menteri India, Narendra Modi di residensi rasmi Modi di sini pada Selasa.

"India mengiktiraf kejayaan Malaysia menerusi konsep kesederhanaan yang diinisiatifkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memerangi keganasan seperti yang diamalkan di Malaysia.

"Malah India mahu Malaysia mengemukan polisi dan kaedah ini bukan sahaja di wilayah Asean tetapi juga semasa Sidang Kemuncak Asean dengan rakan dialog Asean dan di peringkat antarabangsa," katanya.

Bercakap kepada media Malaysia selepas pertemuan 45 minit dengan Modi, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata India turut memuji langkah proaktif dan serius yang diambil Malaysia dalam menangani ancaman keganasan.

Ahmad Zahid berkata India juga mahu mempelajari undang-undang antikeganasan yang diamalkan di Malaysia termasuk bagaimana menghukum pengganas atau militan dengan menggunakan mekanisme yang betul dan sesuai.

Oleh itu, beliau berkata pegawai agensi penguat kuasa India yang terlibat dalam mengekang keganasan dan radikal akan dihantar ke Malaysia bagi latihan selama tiga bulan.

"Dalam hubungan ini, India telah menerima jemputan kita. Persoalan bila ini akan bermula, terpulang kepada mereka kerana polis kita dan Jabatan Penjara bersedia untuk membantu dan menerima mereka," kata beliau.

Sementara itu beliau berkata Modi turut menyentuh mengenai keperluan untuk menerima amalan sistem pendidikan sekolah agama dan madrasah di Malaysia kerana India mempunyai kira-kira 200 juta orang Islam ketika ini.

"Saya diberitahu India menghadapi masalah dalam isu pendidikan dan mahu  belajar daripada Malaysia mengenai pengurusan pendidikan dan ajaran Islam tanpa berkompromi dan mengabaikan aspek akademik," katanya.


Tags / Kata Kunci: India , Malaysia , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan