Doktor Menang Mercedes Benz Hasil Cabutan SSPBSN

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 11:01 PM

Pemenang cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bulan Jun 2016, Datin Dr Tengku Noraini Tuan Jaafar bersama Mercedes Benz C200 yang dimenanginya pada majlis penyampaian cabutan dan jamuan Aidilfitri, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Hasrat seorang doktor untuk memiliki kereta mewah Mercedes Benz C200 sejak lapan tahun lepas akhirnya tercapai selepas memenangi Cabutan Bulanan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSPBSN) di sini, Rabu.

Datin Dr Tengku Noraini Tuan Jaffar, 40, berkata sebelum ini beliau hanya menerima hadiah saguhati sejak mula membuat simpanan di BSN pada 2008.

"Saya terkejut dan tidak percaya apabila mendapat panggilan daripada BSN yang menyatakan saya memenangi sebuah kereta Mercedes Benz untuk Cabutan Bulanan SSP untuk Jun lepas.

"Alhamdulillah ... doa selama ini akhirnya dimakbulkan dan saya akhirnya mendapat apa yang dihajati," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bulanan SSPBSN di sini, hari ini.

Hadiah itu disampaikan Pengarah Perniagaan Negeri Bank Simpanan Nasional (BSN) Kelantan Komarudin Mustapha.

Beliau berkata hadiah berkenaan sangat istimewa kerana hadir ketika umat Islam masih lagi menyambut Aidilfitri.

Sementara itu, Komarudin berkata BSN memperkenalkan satu lagi ganjaran  baharu dikenali sebagai Cabutan Istimewa SSP yang menawarkan wang tunai bernilai RM1 juta sejak Jun lepas.

Komarudin berkata cabutan istimewa itu akan diadakan selama tujuh bulan bermula Jun hingga Disember depan dengan setiap pelanggan perlu menyimpan sekurang-kurangnya minimum RM3,000 dalam akaun BSN mereka.

"Cabutan istimewa ini akan diadakan pada hari Sabtu setiap hujung bulan dan ia merupakan bulan kedua kita laksanakan program ini," katanya.

Selain itu, Komarudin berkata BSN juga memperkenalkan Cabutan Remaja khas untuk golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang menawarkan ganjaran wang tunai RM10,000 serta gajet elektronik.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan