Serpihan Dari Madagascar Diserah Kepada Pasukan Penyiasatan MH370 - DCA

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 5:48 PM

Blaine Gibson

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Beberapa kepingan serpihan yang ditemui di Madagascar, dipercayai bahagian daripada sebuah pesawat telah diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370, Selasa.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam kenyataan pada Rabu berkata antara barang yang diserahkan oleh seorang warga Amerika Blaine Gibson itu ialah panel penstabil dengan stensil 'No Step', penutup enjin dengan logo Rolls-Royce dan panel sarang lebah gentian kaca.

"Serpihan itu akan dihantar untuk pemeriksaan dan analisis bagi menentukan sama ada ia daripada pesawat penerbangan MH370," kata DCA.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar tidak lama setelah berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Kapal terbang itu masih belum ditemukan walaupun operasi pencarian besar-besaran telah dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat di mana penerbangan pesawat itu berakhir selepas melencong dari laluan asalnya.

Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370, yang diketuai seorang ketua penyiasat telah ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan pesawat itu yang terdiri daripada 19 rakyat Malaysia dan tujuh wakil bertauliah daripada tujuh pihak berkuasa keselamatan dari tujuh negara.

DCA dalam kenyataan itu berkata adalah penting untuk diambil perhatian bahawa pada ketika ini tidak dapat disahkan sama ada serpihan itu daripada MH370.

"Oleh itu adalah amat penting bagi pengesahan mengenai barang-barang itu dijalankan oleh pakar-pakar," katanya.

DCA berkata Polis Diraja Malaysia pada masa yang sama telah mengambil barang-barang peribadi yang dikumpulkan Gibson dari lokasi yang sama untuk tujuan pemeriksaan.

"DCA ingin mengucapkan penghargaan kepada Encik Blaine Gibson atas usahanya dalam mendedahkan penemuan itu dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini.

"Kami juga berharap sesiapa yang menemui apa-apa bentuk serpihan atau barang peribadi yang mungkin ada kaitannya dengan MH370 supaya menyerahkannya kepada pihak berkuasa berkenaan di negara masing-masing," katanya.

DCA berkata ia akan memberikan makluman terkini pada bila-bila masa ia menerima sebarang maklumat baharu.

Tags / Kata Kunci: MH370 , serpihan , pantai Madagascar , DCA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan