DAP Dalam Keadaan Gelabah - PAS P.Pinang

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 10:43 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Cadangan mengadakan pilihan raya mengejut negeri jelas menunjukkan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang dalam keadaan gelabah, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof.

Beliau berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya menunggu sehingga mahkamah membuat keputusan terhadap dua pertuduhan yang dihadapinya.

"Tindakan kerajaan negeri ini seolah-olah macam DAP yakin bahawa pendakwaan terhadap Lim itu akan lekat (disabit kesalahan). Tindakan ini juga seolah-olah nak selamatkan Lim dan DAP.

"Kami melihat dalam isu ini sepatutnya DAP tak buat tindakan yang mendatangkan masalah kepada rakyat ... buat satu perkara yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Beliau berkata pilihan raya negeri yang akan diadakan itu sudah pasti akan melibatkan perbelanjaan yang besar.

"Rakyat juga akan menghadapi dua pilihan raya, iaitu pilihan raya negeri dan Parlimen. DAP mengambil jalan untuk mengadakan sesuatu yang boleh mendatangkan masalah sehingga boleh menyebabkan prestasi DAP, ketua menteri terhakis dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Fauzi berkata PAS Pulau Pinang sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Laporan media baru-baru ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang  P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu.
Tags / Kata Kunci: PAS P.Pinang , Lim Guan Eng , DAP P.Pinang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan