Jom Sertai #AnakAnakMalaysia Walk 2016 - Berita Semasa | mStar

Jom Sertai #AnakAnakMalaysia Walk 2016

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 12:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai #AnakAnakMalaysia Walk 2016 pada 14 Ogos depan bagi meraikan kepelbagaian di negara ini.

Ini merupakan tahun kedua bagi kempen itu sejak kali pertama diadakan tahun lalu.

Laluannya akan bermula dari Pusat Bandar Bukit Bintang dan akan dilepaskan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz.

Pengerusi Star Media Group Bhd, Datuk Fu Ah Kiow berkata kumpulan media utama negara itu sentiasa percaya secara kepada prinsip sederhana.

"Kesederhanaan adalah satu-satunya jalan bagi Malaysia, jalan untuk perpaduan, keharmonian dan toleransi.

"Kempen #AnakAnakMalaysia dibuat atas semangat patriotisme dan menekankan kesederhanaan sebagai satu cara dalam sebuah negara yang pelbagai," katanya pada perhimpunan #AnakAnakMalaysia yang diadakan di Pusat Bandar Bukit Bintang di sini, Rabu.

Beberapa nama besar seperti penulis terkenal, Anas Zubedy; pereka kasut antarabangsa, Datuk Jimmy Choo; saintis Dr Lyana Khairuddin dan bekas Miss Malaysia World 2010, Thanuja Ananthan turut memberi sokongan kepada kempen berkenaan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan