Rakyat Malaysia Makan 1.8 Juta Ekor Ayam Sehari, Telur 2.8 Juta Biji

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 7:13 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Rakyat Malaysia kebanyakannya memilih ayam untuk sumber protein dan memakan sejumlah 1.8 juta ekor ayam dalam sehari, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery berkata selain ayam, masyarakat negara ini juga memakan telur sebanyak 2.8 juta biji sehari.

Ayam menjadi pilihan rakyat mmandangkan ia merupakan sumber protein yang murah berbanding sumber lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Pusat Kecemerlangan Teknologi Padi dan Majlis Graduasi Sekolah Ladang Petani di Kompleks Pertanian Bumbong Lima dekatsini hari ini.

Ahmad Shabery berkata protein yang paling murah adalah ayam biarpun terdapat sumber protein lain seperti ikan.

"Jadi tidak boleh kita kata ayam mahal, tidak boleh, sebab ayam masih yang paling murah, protein yang murah. Dulu orang kata ayam mahal, sekarang ini ayam paling murah, ayam paling penting," katanya.

Beliau berkata dalam tempoh seminggu, pengeluaran ayam di Malaysia adalah sebanyak 13 juta ekor dan hanya 12 juta untuk kegunaan tempatan.

"Baki satu juta dieksport ke Singapura dan negara lain. Secara total pengeluaran ayam di negara ini ialah 110 peratus," kata Ahmad Shabery.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan