Pilihan Raya Tergempar: "Kami Belum Diyakinkan" - PKR

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 11:40 PM

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap kepada pemberita, selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu, malam Selasa. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum yakin dengan tujuan dan matlamat yang diberikan oleh DAP untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.

Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kepimpinan parti itu, bagaimanapun bersedia untuk membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan.

"Biro politik Keadilan telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.

"Biro politik Keadilan berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

"Namun, pimpinan Keadilan bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini," katanya kepada pemberita, selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di sini, malam Selasa.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata satu mesyuarat dengan pihak Pakatan Harapan akan diadakan di dalam masa terdekat tetapi ia tidak akan didedahkan kepada media.

"Kami telah berbincang tadi dan salah satu daripada perkara-perkara yang dibincangkan adalah cadangan untuk mengadakan pilihan raya tetapi kita perlukan penjelasan daripada kerajaan negeri mengenainya.

"Ini adalah satu perkara biasa. Kami tidak menolaknya, kami hanya mahu penjelasan," katanya.

Keputusan untuk mengadakan pilihan raya di negeri itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada malam Isnin, menurut sumber-sumber Pakatan Harapan dari Selangor.

Tiada butir-butir mengenai mesyuarat itu, tetapi difahamkan enam pemimpin DAP pergi untuk membentangkan kes kepada Dr Wan Azizah di rumahnya Bukit Segambut, Kuala Lumpur selepas mesyuarat itu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan