"Kami Ada Semua Permit Yang Diperlukan" - Penganjur Konsert Selena Gomez

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 10:03 PM

Selena Gomez

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penganjur konsert Selena Gomez menafikan laporan bahawa pihaknya masih belum memohon permit untuk mengadakan acara itu di Stadium Melawati, 25 Julai ini.

Pengarah Urusan PR Worldwide R. Para berkata semua borang yang diperlukan telah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan kelulusan untuk menggunakan Stadium Melawati sebagai lokasi konsert itu telah diperolehi.

"Kami telah melakukan semua proses yang wajar dan telah mendapat permit daripada MBSA dan Puspal (Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) untuk mengadakan konsert itu.

"Kita hanya mahu menjelaskan bahawa semua permit sudah diperolehi, supaya orang ramai boleh membuat perancangan perjalanan untuk konsert itu," kata Para kepada The Star Online, Selasa.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini dilaporkan berkata bahawa penganjur konsert 'Selena Gomez The Revival Tour' masih belum mengemukakan permohonan mereka.

Para berkata ini adalah mengelirukan kerana penganjur mula mengemukakan semua dokumen yang diperlukan untuk kelulusan pihak berkuasa berkenaan hampir empat bulan lalu.

Permit MBSA untuk menggunakan stadium tertutup Melawati telah diberikan kepada pihak penganjur 10 hari yang lalu, katanya.

Tambahnya, bantahan Pemuda PAS terhadap konsert itu adalah tidak berasas kerana artis biasanya dinasihatkan untuk mematuhi sensitiviti agama dan budaya di negara mereka membuat persembahan.

Sebagai pihak yang mempromosikan konsert, beliau berkata tugas mereka adalah untuk mengingatkan artis mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.


"PR Worldwide telah berada dalam perniagaan ini selama 20 tahun dan kami amat berhati-hati dengan sensitiviti rakyat Malaysia.

"Apabila artis-artis membuat pertunjukan pentas di negara-negara tertentu, mereka memahami bahawa mereka perlu mengikuti kod etika dan kod pakaian negara itu. Mereka berpegang kepada etika," katanya.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran konsert penyanyi itu yang dianggap mencemarkan kemuliaan Syawal.


Hafez dalam satu kenyataan juga dilaporkan berkata, kedatangan Selena Gomez dianggap menghidupkan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Turut membantah ialah Muslimat PAS yang menyifatkan artis barat itu berimej 'seksi dan liar'.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan