Parti Baharu Tun M Tak Gugat Umno Terengganu - MB

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 10:50 PM

AHMAD RAZIF

Ahmad Razif Abd Rahman

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Umno Terengganu tidak akan tergugat meskipun dengan penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata Umno adalah sebuah parti yang kukuh dan yakin ia akan mendapat sokongan yang berterusan daripada setiap anggota parti termasuk di peringkat akar umbi.

"Ini bukan pertama kali berlaku dalam Umno. Dahulu pun masa Datuk Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara, Umno tetap teguh. Begitu juga dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Semangat 46.

"Pada saya parti serpihan (Umno) yang ditubuhkan atas dasar kekecewaan ia tidak akan ke mana-mana kerana rakyat yang memberi sokongan yakin dengan Umno bahawa ia adalah relevan untuk dahulu, kini dan selamanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen radio Manis FM di sini Selasa.

Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU ke-14.

Di KUALA LUMPUR, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) melihat hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu, sebagai usaha sia-sia malah parti itu tidak akan kekal lama.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata penubuhan sesebuah parti perlu berasaskan kepada perjuangan dan bukan bersifat peribadi.

"Bagi saya kalau ada yang berjuang hanya untuk kepentingan peribadi berbentuk serangan peribadi ia tidak lama.

"Perjuangan mestilah berasaskan kepada ideologi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelajar Program Parlimen Mahasiswa Kali Kedua 2016 di sini hari ini.

Jelas Abdul Aziz, Mubarak bersifat terbuka terhadap mana-mana bekas pemimpin yang mahu menubuhkan parti baharu memandangkan negara mengamalkan sistem demokrasi.

"Soalnya sekarang adakah parti itu efektif. Jika Tun Mahathir mahu tubuh parti maka beliau boleh teruskan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan