DAP Tangguh Pemilihan Parti

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini bagi memberi tumpuan kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang perlu diadakan menjelang Ogos 2018.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke berkata jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat pada Isnin untuk menggunakan Fasal VIII (1) perlembagaan parti.

Ini membolehkan CEC untuk menangguhkan kongres parti itu bagi suatu tempoh tidak melebihi 18 bulan jika ia adalah dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembubaran automatik Parlimen.

Tempoh CEC semasa adalah sehingga 29 September tahun ini.

"Walaupun tidak akan ada pemilihan parti tahun ini, persidangan kebangsaan dijadualkan akan diadakan pada 4 Disember depan," kata Loke dalam kenyataan pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: DAP , Anthony Loke

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan