TPM Puji Peranan Duta Malaysia Tingkat Profil Negara

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 12:49 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Usaha berterusan dan komitmen para duta dan pesuruhjaya tinggi Malaysia dalam membina rangkaian hubungan dengan negara luar telah membantu meningkatkan imej negara dan pengiktirafan di pentas antarabangsa.

Dalam memuji tugas mereka, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini membolehkan Malaysia menikmati hubungan sangat erat dengan negara lain semasa ia membentuk hubungan global yang mantap.

"Ini boleh dilihat apabila negara lain menerima pandangan dan cadangan kita mengenai pelbagai isu global dan memandang tinggi kepada Malaysia," katanya pada majlis makan malam yang dihoskan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk NaimunAshakli Mohammad pada Ahad.

Ahmad Zahid yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke India turut berkata Malaysia juga muncul sebagai negara contoh dalam kalangan negara Islam.

"Pada masa lalu kita sering mendapat pandangan dan nasihat daripada orang lain, tetapi kini kita boleh membantu mereka atau menawarkan bantuan," katanya pada majlis tersebut yang dianjurkan untuk perwakilan Malaysia.

Ahmad Zahid mengetengahkan perkara itu apabila beliau berkongsi pandangan Malaysia semasa sidang kemuncak dan konvensyen antarabangsa termasuk dalam kapasiti beliau sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, yang mana negara akan mendapat respons positif.

Beliau berkata beliau bukan cuba untuk menunjuk sombong atau riak, tetapi ia adalah kebenaran.

Timbalan perdana menteri turut mengingatkan rakyat Malaysia di luar negara agar selalu menjaga nama baik dan imej negara.

"Sesetengah kita mungkin mempunyai pandangan atau pendapat berbeza, tetapi ia mesti diketepikan demi negara dan bagi memastikan rakyat boleh hidup dalam aman dan harmoni," kata Ahmad Zahid.

Turut hadir pada majlis jamuan itu isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis dan para pegawai kanan kerajaan.

Beliau tiba di sini pada awal Ahad bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan