Teluk Bahang Dilanda Banjir

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 6:25 PM

Orang ramai berjalan meredah air banjir.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di Teluk Bahang di sini dilanda banjir teruk susulan hujan lebat sejak pukul 1 petang Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata ribut petir dan angin kencang turut dilaporkan berlaku.

"Paras air meningkat sehingga 0.3 meter.

"Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sudah pun berada di kawasan terjejas untuk memberikan bantuan dan melakukan kerja pembersihan selepas banjir surut," katanya.

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir itu adalah di Kampung Teluk Awak dan Kampung Nelayan yang terletak berhampiran sungai.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan ada beberapa rumah berhampiran sungai sudah ditenggelami air.

"Kita sudah menghantar anggota penyelamat ke sana untuk memberikan bantuan kepada penduduk.

"Setakat ini, kita belum menerima laporan kemalangan jiwa dan ada beberapa kawasan dinaiki air hingga paras pinggang," katanya.

Gambar ihsan pembaca mStar Online.

Tags / Kata Kunci: banjir , Teluk Bahang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan