Singapura Bekal Tambahan Air Minum Kepada Johor

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura telah mula membekalkan tambahan air minum kepada Johor berikutan permintaan segera oleh Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), Channel NewsAsia melaporkan.

Memetik Lembaga Kemudahan Awam (PUB), portal berita itu berkata BAKAJ meminta untuk tambahan bekalan 6 juta gelen air bersih sehari untuk tempoh tiga hari akan datang.

Laporan itu berkata air tersebut yang diperlukan untuk menstabilkan sistem bekalannya di Johor Bahru selepas penutupan Loji Rawatan Air di Johor pada Rabu disebabkan pencemaran di Sungai Johor.

"PUB bersedia memenuhi permintaan segera ini dan mula membekalkan tambahan  bekalan air yang dirawat kepada Johor sejak 17 Julai. Bekalan tambahan ini akan diteruskan dalam tempoh tiga hari akan datang."

Gambar fail menunjukkan paip air di Tambak Johor. - Reuters

Laporan itu berkata pengguna di Singapura tidak terjejas dalam apa jua cara kerana ia mampu meningkatkan pengeluaran tempatan dalam tempoh yang singkat.

"PUB Singapura berhak mendapatkan bekalan 250 mgd air mentah dari Sungai Johor di bawah Perjanjian Air 1992 dengan Malaysia.

"Hak ini dijamin melalui Perjanjian Pemisahan 1965 dan berakhir pada 2061.Perjanjian Air 1989 juga mewajibkan PUB menjual 5 mgd air bersih kepada Johor."

Secara amalan, PUB telah membekalkan kepada Johor tiga kali daripada jumlah ini  sehingga 16 mgd setiap hari.

"Permintaan terbaharu bagi 6 mgd ialah tambahan bagi 15 hingga 16 mgd yang dibekalkan kepada Johor setiap hari, " PUB dipetik sebagai berkata.

Tags / Kata Kunci: bekalan air , PUB , BAKAJ

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan