P.Pinang Destinasi Makanan Terbaik Dunia - James Oseland

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 9:09 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pulau Pinang sekali lagi menduduki tangga teratas carta destinasi menjamu selera terbaik dunia, mengatasi beberapa tempat terkenal lain seperti Bangkok dan Paris berikutan pengesahan penulis masakan terkenal dunia, James Oseland.

Oseland, 53, penulis, editor majalah dan hakim program realiti Amerika, berada di Pulau Pinang hingga 20 Julai ini dalam misi mencari makanan terbaik negeri ini untuk dimuatkan di dalam buku terbaharu beliau.

Wartawan yang menjadi penulis masakan sejak 20 tahun lepas ini berkata minat memasak tidak dapat dipisahkan dengan diri beliau kerana ia merupakan satu-satunya perkara yang mendekatkan diri beliau dengan bapanya.

"Emak saya tidak begitu pandai memasak berbanding bapa saya. Jadi, masakanlah merapatkan hubungan antara kami kerana kami berkongsi minat serupa," katanya dalam temu bual di kediaman 'The Ghouse' di Jalan Makloom, di sini.

Oseland, yang sudah lima kali datang ke sini, kali pertama pada 1982, berkata walaupun masa berlalu dan keadaan persekitaran banyak berubah dengan kemunculan begitu banyak bangunan tinggi, namun kualiti makanan di sini tetap seperti dulu.

"Cara makanan dimasak sungguh menarik; suasananya amat menakjubkan dan persaingan antara pekedai untuk menghidangkan makanan paling lazat menyebabkan mereka sentiasa menjaga kualiti.

"Kalaulah saya diminta memilih tiga tempat terbaik di dunia sebagai destinasi makanan, Pulau Pinang sudah tentu mendapat nombor satu, diikuti Mexico City dan London," katanya.

James Oseland

Untuk buku terbaharunya, yang dijangka terbit dua tahun setengah lagi, Oseland berkata beliau akan memberi fokus terhadap makanan tradisional yang disediakan di rumah kerana ia adalah cara terbaik untuk memahami budaya seseorang.

"Masa berlalu, generasi muda, khususnya, tidak lagi berminat untuk mempelajari resepi asli dan orang memandang remeh terhadap makanan. Sebab itulah saya ingin mendokumentasikan resipi ini bagi memastikan budaya itu terus hidup," katanya.

Menurut Oseland, sejak hari pertama berada di Pulau Pinang pada 15 Julai, makanan kegemarannya ialah nasi campur ala Pulau Pinang, nasi kandar dan hidangan penjaja seperti 'chee cheong fun'.

Ketika di sini, Oseland juga belajar cara memasak 'nasi kenduri' daripada Sabira Ghouse, jurumasak tempatan, yang terkenal kerana kemahirannya menyediakan hidangan untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.

Ditanya bagaiamana beliau bercadang untuk mengekalkan keaslian rasa sesuatu masakan memandangkan orang Barat dan orang Pulau Pinang mempunyai cara memasak dan cita rasa berbeza, Oseland berkata beliau mempunyai keistimewaan dapat mengingati rasa setiap makanan dan tahu sekiranya ia bukan rasa sebenar.

Memandangkan beliau akan meninggalkan Pulau Pinang dua hari lagi untuk ke Kedah sebelum ke Indonesia dan Timor Leste, Oseland, yang tahu sedikit sebanyak berbahasa Melayu, berkata, "Pulau Pinang sentiasa di hati" dan berjanji akan datang lagi ke sini setelah menyiapkan bukunya itu.


Tags / Kata Kunci: destinasi makanan , James Oseland

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan