Penduduk Putrajaya Diminta Tidak Panik Bunyi Tembakan Meriam - Berita Semasa | mStar

Penduduk Putrajaya Diminta Tidak Panik Bunyi Tembakan Meriam

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 3:32 PM

Raptai Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, Isnin. Sambutan pada kali ini dibuat di dataran yang baharu siap dibina, dikendalikan 23 pegawai dengan 490 anggota tentera dari tiga cabang perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara akan berlangsung pada Jumaat ini. Sambutan sebelum ini dibuat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penduduk Putrajaya dan kawasan sekitarnya diminta tidak terkejut atau panik jika terdengar bunyi tembakan meriam esok dan Jumaat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata tembakan adalah bersempena raptai penuh Istiadat Mengarak Panji-panji Yang Dipertuan Agong yang akan didakan esok dan istiadat berkenaan pada Jumaat di Dataran Pahlawan Negara.

Beliau berkata semasa raptai penuh, sebanyak dua das tembakan akan dilakukan manakala pada Jumaat, ia melibatkan 21 das tembakan.

Rosly juga menegaskan pada Jumaat, penggunaan drone tanpa kelulusan tidak dibenarkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta sebarang aktiviti melibatkan penerbangan belon panas.
Tags / Kata Kunci: bunyi meriam , ACP Rosly Hassan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan