Empat Kampung Di Guar Chempedak Dilanda Banjir - Berita Semasa | mStar

Empat Kampung Di Guar Chempedak Dilanda Banjir

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 11:58 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Beberapa buah kampung di Guar Chempedak, Yan dilanda banjir malam Isnin berikutan hujan lebat sejak 4 petang tadi dan tiga buah pusat pemindahan telah dibuka.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata sebanyak 49 mangsa banjir daripada 21 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan.

Katanya pusat pemindahan itu ialah Dewan Masjid Titi Teras, Dewan Kampung Paya Mengkuang dan surau Kampung Guar Stesen Dalam.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dalam satu kenyataan berkata empat buah kampung terlibat ialah Kampung Teroi Bukit, Kampung Lubuk Boi, Kampung Titi Teras dan Kampung Batu 18.

Katanya proses pemindahan dilakukan sebaik pihaknya menerima laporan berhubung kejadian banjir kira-kira pukul 7 malam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: banjir , Guar Chempedak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan