Mencari Dalang Di Sebalik Tragedi MH17 Masih Tugas Besar

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 10:14 AM

Bociurkiw (kanan) bersama beberapa pemantau OSCE antara yang pertama mendapat akses ke lokasi nahas MH17 pada 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua tahun selepas berlakunya tragedi penerbangan MH17, salah seorang pemantau antarabangsa yang mendapat akses pertama ke lokasi kemalangan berkata pasukan penyiasat masih mempunyai cabaran besar dalam membantu mangsa mendapatkan keadilan.


Bekas jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) Michael Bociurkiw masih dapat mengingat dengan jelas saat ketika beliau melihat bahagian ekor pesawat dengan logo Malaysia Airlines tersadai di tengah-tengah padang yang sunyi sepi di Donestk, Ukraine.

Bociurkiw berada di sini pada minggu ini, dengan harapan untuk menghadiri upacara memperingati ulang tahun kedua MH17 dan bertemu waris mangsa, tetapi tiada aktiviti telah dianjurkan.

Beliau dan sepasukan 25 pemerhati lain adalah yang pertama tiba di tempat kejadian, kira-kira 24 jam selepas pesawat mula-mula ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK pada 17 Julai 2014.


"Ia sedang tersadai di kawasan lapang di situ. Saya bagai tidak percaya. Kerana bukan sahaja saya berasal dari Ukraine tetapi saya telah tinggal dan bekerja di Malaysia sebagai wartawan dan membuat liputan mengenai Malaysia Airlines. Ia adalah kenyataan," katanya kepada The Star.


Ketika pakar-pakar dari seluruh dunia didatangkan ke timur Ukraine, OSCE berdepan satu tugas sukar untuk berunding dengan pemberontak yang menguasai kawasan itu bagi mendapatkan akses kepada lokasi kejadian.

Bociurkiw menggambarkan beberapa hari pertama beliau di sana sebagai 'berbahaya' kerana perlu berurusan dengan pemberontak bersenjata yang 'kurang ajar dan gugup', tidak terurus dan sentiasa menghindari akses ke kawasan kemalangan itu.


"Ketika kami tiba, kami bertanya siapa yang mengawal kawasan dan mereka betul-betul tidak dapat menyatakan sesiapa. Oleh itu, ia adalah satu keadaan yang huru-hara.

"Mereka tidak tahu jika mereka harus bergerak atau menyentuh mayat, mereka jelas tidak dilatih tentang memberi atau menerima arahan di situ," kata Bociurkiw, sambil menambah penyiasat masih menghadapi masalah ini apabila mereka cuba mengenal pasti pelaku nahas MH17.

Oleh kerana cengkaman pemberontak di seluruh rantau ini, yang masih menyaksikan peningkatan keganasan, beliau percaya mereka yang menguasai kawasan itu menyukarkan penyiasat antarabangsa untuk mengakses keterangan atau saksi.

Satu lagi masalah, kata Bociurkiw, apabila pemberontak yang menguasai rantau ini ketika MH17 ditembak jatuh seolah-olah lenyap tanpa rekod, sama ada mereka turut sama terbunuh atau telah berpindah.

"Kami tahu peluru berpandu BUK telah menembak jatuh pesawat itu. Cabaran kini sudah tentu untuk menentukan siapa yang mengeluarkan perintah itu. Siapa sebenarnya menarik picu. Tetapi kerana kekurangan akses,sukar untuk menentukannya.

"Sebagai contoh, saya tahu pasukan penyiasat telah melihat menara telefon bimbit di kawasan itu dan cuba memeriksa sama ada panggilan mungkin telah dibuat pada masa itu, tetapi pemberontak di kawasan kejiranan lokasi kemalangan, apa yang saya lihat, tidak memberikan kerjasama dari segi akses.

"Harapan saya agar segala persoalan dijawab dan pelaku dibawa ke muka pengadilan untuk kepentingan keluarga. MH17 sehingga kini kekal sebagai kesalahan jenayah terbesar yang tidak dapat diselesaikan dalam sejarah, " katanya.
Tags / Kata Kunci: MH17 , Michael Bociurkiw , OSCE

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan