Tubuh Parti Baharu Kerana Tidak Diterima Pakatan Harapan

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2016 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

PADANG RENGAS: Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno  Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengganggap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menubuhkan parti baharu kerana Pakatan Harapan tidak menerima beliau dan anaknya bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi ahli.

Beliau berkata ini membuktikan Pakatan Harapan tidak boleh menerima pemimpin seperti Dr Mahathir kerana mereka tahu niat beliau menyertai pakatan berkenaan adalah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Katanya ini terbukti apabila dalam Pakatan Harapan, Lim Kit Siang sebagai penasihat DAP sudah ada anaknya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang manakala  Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mempunyai anaknya Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR.

"Saya alu-alukan dia (Dr Mahathir) tubuhkan parti politik baharu kerana ini merupakan amalan demokrasi dalam Parlimen dan saya nampak dia dah dengar cakap saya untuk tubuh parti baharu dan bukannya melaung di jalan dengan mengadakan demonstrasi kerana ia tidak ke mana dan itu bukan caranya.

"Tubuh parti apa pun, Barisan Nasional tetap akan lawan dalam pilihanraya nanti," katanya dalam sidang media selepas majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pemimpin di Taman Puncak Bougainvillea dekat sini, Ahad.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Khamis lalu mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam pilihan raya umum ke-14.

"Sekarang ini mereka yang tiada rumah (parti) seperti 'hantu raya' sudah ada rumah baharu dengan menubuhkan parti baharu.

"Dengan adanya parti politik yang sah dan minta kebenaran polis, apa sahaja program boleh diadakan dengan mengikut peraturan," katanya.

Beliau berharap rakyat menghormati Dr Mahathir sebagai bekas perdana menteri tetapi jangan ikut cara beliau yang jelas "Melayu sudah lupa diri". -Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan