MH17: Malaysia Terus Berusaha Dapatkan Keadilan - PM

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2016 11:03 AM

Orang ramai memegang bendera negara penumpang MH17 di lokasi nahas selepas pesawat itu ditembak jatuh ketika melalui ruang udara konflik Rusia-Ukraine dua tahun lalu sempena ulang tahun peringatan pada 17 Julai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia terus melakukan segala usaha bagi mendapatkan keadilan sepenuhnya dan penjelasan memuaskan mengenai perkara berkaitan pesawat Malaysian Airlines Penerbangan MH17, yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine, dua tahun lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia terus memperjuangkan keadilan tentang perkara itu melalui saluran undang-undang antarabangsa.

"Dua tahun lepas, Penerbangan MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Ia suatu perbuatan jenayah yang menimbulkan kemarahan dunia dan menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya maut.

"Kami tidak akan sekali-kali melupakan penumpang dan anak kapal berkenaan, juga kepiluan yang dirasai keluarga mangsa. Doa dan harapan kami mengiringi mereka dalam melalui hari-hari yang amat menyedihkan itu," kata Najib dalam catatan melalui akaun Facebook dan Twitter beliau pada Ahad.

Pesawat jenis Boeing B777 itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Pada Sabtu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia berharap akan menerima rumusan awal laporan penyelidikan forensik mengenai Penerbangan MH17 oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT), yang dianggotai Australia, Brazil, Belgium, Belanda dan Ukraine, menjelang akhir tahun ini, termasuk jenis senjata yang digunakan dan maklumat penting lain secara terperinci.

Pesawat malang itu ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan dilanda ketegangan di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Tahun lepas, pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu permukaan ke udara Buk di ruang udara timur Ukraine.

Laporan itu dikeluarkan selepas pasukan penyiasat bersama dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia menjalankan siasatan selama 15 bulan.

Tags / Kata Kunci: MH17

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan