Genap Dua Tahun, Keluarga Masih Rindukan Mangsa MH17

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2016 11:10 AM

Junaidah Basiron

(Ubah saiz teks)

MUAR: Hari ini (Ahad), genap dua tahun insiden nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS), namun bagi keluarga Allahyarham Mohd Ali Mohd Salim, segala kenangan bersamanya tetap utuh terutama ketika menjelang Aidilfitri.

Ibu mangsa, Junaidah Basiron, 64, berkata setiap kali menjelang Syawal merupakan detik sukar baginya apabila teringat kenangan manis mereka sekeluarga membuat persiapan menyambut lebaran.

"Setiap kali sambutan hari raya...arwah orang yang paling sibuk membuat persiapan daripada mengemas, menghias, membeli barang keperluan sehingga memasak di dapur.

"Arwah buat itu semua bagi memastikan bahawa persiapan raya lengkap tanpa menyusahkan anggota keluarga yang lain," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jayor, Pagoh, di sin.

Mohd Ali merupakan antara yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.

Bakal pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda.

Jenazah arwah dibawa pulang ke tanah air menerusi kumpulan pertama mangsa MH17 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, pada 23 Ogos dua tahun lalu.

Ibu kepada lapan orang anak itu berkata setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri, arwah pasti akan memasak sambal kegemarannya untuk seisi keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah.

"Arwah belajar masak daripada makcik, dia seorang yang cukup teliti dan mengutamakan kesempurnaan dalam semua hal termasuk memasak.

"Beliau akan tumbuk sendiri cili kerana baginya rasa sambal yang dibuat dengan cara menumbuk lebih sedap daripada cili yang dikisar, malah ada rakan-rakannya memberitahu makcik mereka rindu masakan arwah kerana masakannya asli dan sedap," katanya.

Junaidah berkata apabila pulang beraya ke Malaysia, beg pakaian arwah penuh dengan barang cenderahati kepada keluarga dan juga barang kelengkapan raya seperti cadar, kain dan alas meja.

"Arwah hanya bawa pulang sedikit baju untuk keperluan dirinya, manakala sebahagian besar beg yang dibawanya berisi dengan barang untuk keperluan kami sekeluarga.

"Kata-kata arwah yang makcik tidak boleh lupakan ialah beliau tidak mahu menyusahkan makcik dan sanggup menangung kesusahan sendiri kerana beliau ingin membalas jasa ibu dan ayah terlebih dahulu," katanya dalam nada sedih.

Beliau berkata arwah seorang yang suka membantu orang lain baik dari segi material mahupun berkongsi ilmu.

Mengimbau kembali kenangan akhir bertemu arwah sebelum berangkat ke Amsterdam ketika cuti hari raya sebelum nahas, Junaidah berkata arwah mengulangi ayat yang sama, "malas nak balik" sebanyak tiga kali, namun beliau memberi semangat kepadanya kerana pengajiannya di sana telah hampir tamat

"Setahu makcik, arwah seorang yang gigih dan bukan cepat putus asa...makcik tidak sangka itulah perbualan terakhir antara makcik dan Ali," katanya.

Junaidah berkata semua barang peribadi mangsa seperti baju, buku, laptop dan kerusi rehat yang pernah digunakan oleh arwah ketika belajar di Belanda masih disimpan rapi sebagai tanda kenangan dan pengubat rindu keluarga kepada arwah.

Bagi Mohd Zaki Mohd Salim, wajah Allahyarham adiknya yang tidak lokek memberi senyuman dan sentiasa bersikap rendah diri serta susah marah itu sentiasa segar dalam ingatan mereka sekeluarga.

"Tiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri...kami sekelurga amat rindukan arwah kerana apabila balik beraya di Pagoh arwah yang paling banyak bercerita," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata setiap kali tanggal 17 Julai, keluarga akan mengadakan bacaan Yassin bagi memperingati arwah.
"Arwah pernah tinggal serumah dengan saya ketika melanjutkan pelajaran di ibu kota dulu...banyak kenangan bersama yang tidak dapat kami sekelurga lupakan," kata anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur itu.
-- BERNAMA
AMA NBB HAZ 17/07/2016 09-40ST
Tags / Kata Kunci: MH17

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan