Bas Ekspres Diwajib Pasang Alat Penghad Kelajuan Serta-Merta

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2016 8:03 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Semua bas ekspres di negara ini diwajibkan memasang alat khas penghad kelajuan (speed limiter) dalam usaha kerajaan untuk mengatasi kekerapan kes kemalangan yang melibatkan kenderaan awam di musim perayaan. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, peraturan itu akan dikuatkuasakan serta merta, tetapi secara berperingkat-peringkat.

Untuk peringkat awal semua bas baharu perlu dipasang dengan alat tersebut tanpa sebarang pengecualian. 

"Saya telah memberi arahan kepada semua termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom (Puspakom Sdn Bhd) supaya semua bas baharu perlu memasang alat penghad laju ini dan tidak boleh lagi dikecualikan. 

"Ia akan dilaksanakan serta merta dan kita minta semua bas ekspres apabila tiba masa pemeriksaan Puspakom, mereka perlu memasang alat ini," katanya. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komuniti Maju Bentong di sini Ahad yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Bentong, Datuk Azhar Arshad. 

Menurutnya, peraturan itu dilaksanakan selepas mendapati sikap sesetengah pemandu bas yang gemar memandu laju tanpa mematuhi had ditetapkan di semua jalan-jalan utama di negara ini mengakibatkan kemalangan yang mengorbankan banyak nyawa. 

Dalam kemalangan terbaru Ahad lalu, 10 buah kenderaan dirempuh oleh sebuah bas ekspres di Kilometer 265.8 Lebuh Raya Utara Selatan selepas kenderaan itu dipercayai mengalami masalah brek semasa menuruni laluan berbukit. 

Bagaimanapun kesemua penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Liow berkata, pemasangan alat berkenaan tidak akan mengurangkan keupayaan bas untuk mendaki dan menuruni bukit, sebaliknya hanya berfungsi untuk menghad kelajuan kenderaan tersebut. 

"Ini adalah kelebihan 'speed limiter' kita perkenalkan.  

"Saya telah mengadakan dialog dengan operator lori dan bas. Mereka bersetuju menyokong usaha kerajaan untuk memasang 'speed limiter' ini," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: bas ekpres

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan