Pelajar Malaysia Saksi Tentera Gagal Tawan Ibu Pejabat Polis Istanbul

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 12:05 PM

-foto oleh Amirulmukminin Amiruddin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Percubaan ketenteraan untuk menawan ibu pejabat polis Istanbul di Fatih telah gagal, menurut seorang saksi Malaysia.

Pelajar perhubungan antarabangsa, Amirulmukminin Amiruddin, atau lebih dikenali sebagai al-Mahdi di kalangan rakan-rakannya dapat menyaksikan setiap kejadian yang berlaku di depan mata kerana beliau tinggal dekat dengan ibu pejabat polis Istanbul bersama tiga rakyat Malaysia yang lain.

"Saya OK. Semua orang telah berkumpul di ibu pejabat polis," katanya kepada The Star Online melalui panggilan Whatsapp, pagi Sabtu.

Amirulmukminin berkata orang ramai telah pergi ke balai polis dengan kenderaan mereka untuk mengukuhkan benteng pertahanan polis terhadap kumpulan tentera yang cuba untuk mengambil alih ibu pejabat polis.

"Orang ramai hanya datang beramai-ramai. Pemandu bas membawa bas-bas mereka ke ibu pejabat polis dan orang ramai membawa kenderaan besar mereka untuk membantu polis menghalang kereta kebal tentera daripada memasuki ibu pejabat polis," katanya, sambil menambah kren juga dapat dilihat berada di benteng penghadang.


Kejadian tembak telah berlaku di balai polis melibatkan polis dan tentera.

Beliau berkata orang ramai telah membaling batu ke arah tentera dan telah menyuarakan harapan mereka bahawa Ankara tidak akan jatuh.

"Anggota tentera tidak ramai dan polis berjaya menangkap mereka dan membawa mereka ke balai polis.

"Terdapat sebuah jet yang terbang betul-betul atas kepala kami. Ia amat menakutkan. Biasanya jet terbang tinggi tetapi yang ini sangat rendah. Kita boleh melihat bahagian bawahnya," kata beliau.

Kira-kira pukul 4.40 pagi waktu Istanbul (9.40 waktu Malaysia), Amirulmukminin melaporkan bahawa balai polis itu telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

"Polis cuba menenangkan keadaan dan memberitahu orang ramai supaya bersurai. Kini keadaan lebih tenang dan orang ramai pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Amirulmukminin dan rakan serumahnya selamat.

Semua penerbangan di lapangan terbang Ataturk, Istanbul telah digantung kerana cubaan rampasan kuasa tentera pada Jumaat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan