Rakyat Malaysia Transit Di Turki Terperangkap Dalam Cubaan Rampasan Kuasa

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 10:32 AM

-foto AFP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang sedang transit di Turki kini terperangkap di Istanbul disebabkan cubaan rampasan kuasa oleh kumpulan tentera.

Aizat Shamsuddin yang dalam perjalanan dari Malaysia ke Afrika Selatan di bawah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghadiri persidangan sedang berada di Istanbul untuk transit selama tujuh jam apabila rampasan kuasa berlaku.


"Saya sudah biasa dengan Istanbul dan pernah datang ke sini sebelum ini. Ketika menaiki bas untuk balik ke lapangan terbang, berlaku kekecohan," katanya kepada The Star Online melalui panggilan Whatsapp, awal pagi Sabtu.

Aizat berseorangan dan merupakan satu-satunya rakyat Malaysia di dalam bas itu.

"Bas itu berhenti dan kami diberitahu untuk turun. Ia mengambil masa kira-kira 10 minit untuk ke lapangan terbang. Berlaku kesesakan lalu lintas teruk dan kami pun keluar dari bas," katanya.

Aizat menjelaskan bahawa beliau dan tiga pelancong lain, dua dari Sepanyol dan salah seorang lagi dari Rusia telah dibawa dengan teksi ke lapangan terbang.

"Terdapat sekatan di simpang menuju ke lapangan terbang (Ataturk). Kami berada betul-betul di depan kereta kebal. Kami berhenti sekali lagi dan melihat ramai orang berkumpul di situ, malah ada membawa beg," katanya.

Aizat Shamsuddin


Beliau berkata, anggota tentera yang membuat sekatan juga membawa senjata.

"Orang ramai tak puas hati dan bertanya kepada mereka mengapa lapangan terbang itu ditutup sedangkan mereka tidak terlibat dalam rampasan kuasa. Kemudian berlaku pula kekecohan lain.

"Tentera melepaskan tembakan amaran. Saya berada kira-kira 500 meter. Ada yang berlari, ada juga yang tidak. Pada masa itu terdapat kumpulan di situ yang membantah rampasan kuasa," katanya.

Aizat kemudian bertemu dengan seorang pramugari dari Turkish Airlines yang membawa kumpulan kecil itu ke tempat selamat dengan keretanya.

Beliau kini berada di sebuah hotel yang terletak lebih kurang 5km dari lapangan terbang dan telah menghubungi kedutaan Malaysia.

Semua penerbangan di lapangan terbang Ataturk Istanbul telah digantung kerana rampasan kuasa tentera pada Jumaat. Jambatan Bosphorus Istanbul dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet juga ditutup.

Akses kepada Facebook dan media sosial telah disekat. Walau bagaimanapun, sesetengah pelajar Malaysia masih dapat berhubung melalui akaun media sosial menggunakan pelayan proksi.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan