Semua Rakyat Malaysia Di Turki Selamat - Wisma Putra - Berita Semasa | mStar

Semua Rakyat Malaysia Di Turki Selamat - Wisma Putra

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 2:37 PM

-foto AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 260 rakyat Malaysia di Turki, termasuk 180 pelajar, dilaporkan selamat berikutan cubaan rampasan kuasa oleh tentera Turki pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Wisma Putra berkata Kedutaan Malaysia di Ankara telahpun berhubung dengan semua rakyat Malaysia di negara itu.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular berikutan cubaan rampasan kuasa itu boleh menghubungi kedutaan di talian +903124463547 atau +903124463548 atau menerusi e-mail di mwankara@kln.gov.my untuk mendapatkan maklumat," menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar turut menyediakan talian hotline 24 jam 03-88874570 bagi orang ramai mendapatkan perkembangan terkini.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Kedutaan Turki di Malaysia hari ini mengulangi bahawa kerajaan Presiden Erdogan masih berkuasa.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan