PKR Pertimbang Sama Ada Sertai Parti Baharu Tun M - Berita Semasa | mStar

PKR Pertimbang Sama Ada Sertai Parti Baharu Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: PKR akan mempertimbangkan sama ada untuk turut serta bekerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh bekas perdana, menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Beliau berkata, pada masa ini PKR belum menyatakan pendiriannya untuk bekerjasama dengan parti baharu yang bakal diasaskan oleh Dr Mahathir itu.

Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Permatang Pauh di Kubang Semang dekat sini pada Sabtu, Dr Wan Azizah berkata, beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bersatu dalam prinsip persamaan.

"Kita (PKR) tengok dululah, kita tengok dulu sebab kita mesti ada persamaan dalam apa perjuangan kita dan setiap agenda kita harus sama," katanya. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan