Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Masih Diteruskan - MAHB

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 3:25 PM

Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Sabtu memaklumkan pihaknya sentiasa menerima maklumat terkini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG), Turki, miliknya, berhubung situasi terbaru susulan laporan cubaan rampasan kuasa tentera di Turki.

"Kami bersyukur dan ingin memaklumkan bahawa semua warga kerja ISG dan keluarga mereka selamat," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di sini.

Menurut MAHB, berdasarkan maklumat terkini daripada warga kerjanya di ISG, operasi lapangan terbang itu masih diteruskan untuk mengendalikan ketibaan pesawat dan beberapa pelepasan penerbangan.

Bagaimanapun, situasi berkenaan boleh berubah dan penumpang dinasihatkan supaya menyemak jadual penerbangan masuk dan keluar dari ISG serta kesemua penerbangan Turki ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan syarikat penerbangan masing-masing.

"Pengurusan lapangan terbang berkenaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberi keselesaan dan bantuan kepada kesemua penumpang dalam premis terminal tersebut.


"MAHB terus melaksanakan pengawasan keselamatan dan perlindungan dengan berhati-hati di lapangan terbang berkenaan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan utama terkini," menurut MAHB.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan