Negara Masih Kurang 900 Doktor Pakar Kecemasan - Hilmi

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 10:43 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan bagi tampung jumlah pesakit yang semakin bertambah, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya. 

Beliau berkata, sehingga kini terdapat hanya 300 doktor pakar kecemasan di seluruh negara dan jumlah itu jauh lebih kecil berbanding jumlah pesakit yang perlu dirawat di hospital. 

"Kita sasarkan untuk melahirkan 900 doktor pakar kecemasan tetapi jumlah itu sukar dicapai dalam masa terdekat kerana setiap tahun hanya 60 doktor sahaja yang berjaya dipilih berikutan jumlah kuota yang sedikit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Heart Wars First Malaysia Mass Costume CPR di Aman Central, Sabtu.

Masalah itu kata Hilmi, disebabkan setakat ini hanya tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan kursus dalam bidang tersebut. 

"Jika diikutkan, setiap tahun lebih 200 pemohon akan menghantar pemohonan untuk belajar menjadi doktor pakar tetapi daripada jumlah itu, hanya 60 doktor yang akan dipilih," katanya. 

"Saya berharap lebih banyak universiti-universiti negara dapat mewujudkan kursus yang bertepatan bagi membolehkan kita mencapai sasaran melahirkan 900 doktor pakar kecemasan dalam masa yang lebih cepat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menyokong sekiranya Kementerian Pendidikan ingin mewajibkan pelajar untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit atau wabak yang berbahaya.

"Sehingga kini tiada undang-undang yang mewajibkan ibu bapa untuk memberikan suntikan imunisasi kepada anak-anak, namun sekiranya pihak Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk mewajibkan suntikan vaksin tersebut, kita sentiasa menyokong usaha mereka," katanya. 

Terdahulu, Hilmi ketika merasmikan program tersebut berharap lebih ramai masyarakat dapat mempelajari cara untuk memberi bantuan pernafasan (CPR) bagi membantu pesakit yang dalam kesusahan. 

"Kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain sekiranya kita mempunyai ilmu berkaitan memberi bantuan CPR yang betul dan usaha menyampaikan ilmu CPR perlu diteruskan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar seawal sekolah rendah lagi," katanya.

Pada program pada Sabtu, seramai 500 peserta telah menyertai cara memberi bantuan CPR dengan memakai kostum watak adiwira seperti Batman, Superman, dan Star Wars.

Program yang buat julung kali diadakan di Malaysia itu berjaya dimasukkan ke dalam The Malaysia Book of Records. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan