Kerajaan Turki, Presiden Erdogen Masih Berkuasa - Kedutaan

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 1:54 PM

Insiden Rampasan Kuasa Di Turki

  • 1 of 9
  • rk10

    Presiden Turki, Tayyip Erdogan disambut penduduk ketika tiba di Istanbul selepas berlaku rampasan kuasa oleh tentera.

  • rk2

    Orang awam mambawa mangsa yang cedera di Istanbul.

  • rk3

    Penduduk Istanbul sempat merakam gambar bersama kereta kebal tentera yang digunakan untuk rampasan kuasa.

  • rk4

    Tentera mengawal lapangan terbang di Istanbul ketika rampasan kuasa selama lima jam.

  • rk5

    Anggota polis berpakaian preman menjaga keselamatan ketika berlaku rampasan kuasa oleh tentera.

  • rk6

    Anggota tentera yang terbunuh dalam kejadian rampasan kuasa di Istanbul.

  • rk7

    Orang ramai meraikan seorang anggota polis ketika sedang membuat kawalan ketika berlaku rampasan kuasa di Istanbul.

  • rk8

    Seorang anggota tentera terbunuh selepas dipukul orang ramai ketika berlaku rampasan kuasa di Istanbul.

  • rk9

    Sebuah kereta orang awam yang digilis kereta kebal ketika berlaku rampasan kuasa oleh tentera di Istanbul.

x
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Turki di Malaysia pada Sabtu mengulangi bahawa kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan masih berkuasa, dan menafikan cubaan rampasan kuasa di negara itu berjaya dilaksanakan.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, kedutaan itu turut menafikan pembabitan keseluruhan Angkatan Tentera Turki dalam cubaan rampasan kuasa itu, bermatlamat menggulingkan kerajaan Turki yang dipilih secara demokrasi.

"Presiden dan Kerajaan kami masih berkuasa. Angkatan Tentera Turki tidak terbabit dalam cubaan rampasan kuasa ini secara keseluruhannya.

"Ia dikendalikan oleh kuncu-kuncu dalam kalangan Angkatan Tentera dan mendapat respons yang selayaknya daripada negara kami," menurut kedutaan itu.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Erdogan menyalahkan cubaan rampasan kuasa yang sedang berjalan itu ke atas pergerakan yang diketuai cendekiawan Islam Turki Fethullah Gulen yang kini tinggal di Pennsylvania, Amerika Syarikat, menurut laporan itu.

Tags / Kata Kunci: Turki , Istanbul , Rampasan Kuasa

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan