"Saya Kembali Jalani Kehidupan Seperti Biasa" - Balu Pegawai Pertama MH17

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 2:48 PM

Balu dan anak kepada Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, pembantu juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Junied, 30 dan Abderrahman Ahmad Hakimi, 3, semasa di temubual di kediaman mereka sempena dua tahun tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: "Walaupun setiap hari, saya teringatkan suami saya, tapi saya perlu teruskan kehidupan dan kuatkan semangat demi anak saya," kata Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Junied, balu kepada pegawai pertama Penerbangan MH17 Malaysia Airlines, Ahmad Hakimi Hanapi.

Ahmad Hakimi adalah antara 298 anak kapal dan penumpang pesawat Boeing 777 yang maut apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Gambar kenangan Ahmad Hakimi bersama anaknya, Abderrahman.



Bercakap kepada Bernama di sini baru-baru ini, Asma'a berkata setelah dua tahun kejadian itu berlaku, kini beliau semakin menyedari tentang perlunya beliau kembali menjalani kehidupan seperti biasa demi masa depan sendiri dan anaknya, Abderrahman, yang akan berusia tiga tahun Oktober ini.

"Saya boleh katakan begitu tenang sekarang. Saya mempunyai pekerjaan sepenuh masa di Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu dan sibuk dengan perniagaan francais Boost Juice saya, di sini.

"Banyak urusan yang perlu dilakukan, seperti menyediakan invois untuk perniagaan saya. Memanglah saya selalu teringat kepada suami saya, tapi saya perlu meneruskan kehidupan. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

"Saya ketepikan saja perkara yang boleh melemahkan semangat saya. Saya tidak boleh lemah semangat demi anak saya, mertua, ipar dan sesiapa sahaja. Saya perlu kuatkan semangat agar orang nampak saya boleh meneruskan kehidupan," kata wanita berusia 31 tahun itu.

Sambil melemparkan pandangan kepada Abderrahman, yang sedang leka bermain dengan permainan kartun menggunakan Ipad, Asma'a berkata: "Dialah hidup saya dan membuat saya sentiasa sibuk kerana dia sedang membesar serta sedang belajar meneroka perkara baharu".

Kata Asma'a, setelah ketiadaan suaminya, Abderrahman amat rapat dengan bapa mertuanya, Dr Hanapi Mohd Noor, 68, yang meninggal dunia Khamis lepas akibat kanser hempedu.

"Saya sedih apabila bapa mertua saya juga sudah tiada kerana dia amat rapat dengan Abderrahman," katanya.


Tags / Kata Kunci: MH17 , Sharifah Asma'a , Ahmad Hakimi Hanapi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan