Sekurang-Kurangnya 127 Rakyat Malaysia Terkandas Di Lapangan Terbang Di Turki - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 1:45 PM

Suasana di luar lapangan terbang Ataturk, Istanbul. -foto AP

(Ubah saiz teks)

ULAANBAATAR (Mongolia): Ekoran cubaan rampasan kuasa di Turki dan zon larangan terbang di negara itu, sekurang-kurangnya 127 rakyat Malaysia disahkan terkandas di dua lapangan terbang di negara berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata 27 rakyat Malaysia daripada Yayasan Islam Kelantan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul, manakala lebih 100 orang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboa di Ankara untuk transit selepas mengerjakan umrah.

Katanya kebanyakan mereka yang terkandas ini sama ada dalam transit ke negara ketiga seperti Mesir atau singgah selepas mengerjakan umrah.

"Ini jumlah yang kita tahu setakat ini (12 tengah hari waktu Malaysia)...mereka terkandas selepas zon larangan terbang dibuat di seluruh negara dan penerbangan dibatalkan," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) ke-11 yang berakhir di sini Sabtu.

Menurut beliau, Wisma Putra akan melakukan penyelarasan dengan Kedutaan Malaysia di Ankara untuk memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di sana terjaga.

Kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Zahid juga menasihatkan rakyat Malaysia, termasuk pelajar di Turki, agar tidak keluar rumah untuk menjaga keselamatan masing-masing.

"Mereka harus mengikuti arahan kedutaan Malaysia di sana. Pegawai akan menghubungi mereka, kalau tak dihubungi pun mereka harus menghubungi kedutaan," kata timbalan perdana menteri.

Berikutan keadaan yang bergolak dan zon larangan terbang di Turki, Zahid meminta rakyat Malaysia yang bercadang pergi ke negara itu menangguhkan atau membatalkan rancangan mereka buat masa ini.

Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT) pula menyatakan di laman Facebook bahawa ia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu setelah selesai mengemas kini maklumat pelajar-pelajar dan menunggu kenyataan rasmi bahawa percubaan untuk menggulingkan kerajaan telah gagal.

"Diharapkan semua berhati-hati dalam memilih berita dan merujuk kepada portal-portal tempatan (di Turki) yang boleh dipercayai," kata MASAT.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan