MH17: Waris Mangsa Mahu Bertemu Menteri - Rohani

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 3:31 PM

Rohani Abdul Karim

Datuk Seri Rohani Abdul Karim

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Satu pertemuan dengan waris mangsa nahas pesawat MH17 Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan beberapa perkara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata dalam satu pertemuan bersama wakil keluarga mangsa baru-baru ini, mereka mahu perjumpaan diadakan melibatkan beliau, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Selain itu, menerusi sesi kaunseling yang diadakan oleh kaunselor kita, waris mangsa melahirkan rungutan dan memohon supaya segala pampasan dibayar secepat mungkin.

"Saya telah bawa perkara ini untuk tindakan Kementerian Pengangkutan untuk selesaikan atau tangani masalah yang dibawa oleh mereka itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Rumah Perlindungan Wanita Sarawak sempena Seminar Literasi Undang-undang Dan Pengurusan Emosi di sini Jumaat.

Rohani berkata menerusi sesi kaunseling yang diberikan juga, beberapa masalah yang dialami oleh waris mangsa nahas sudah dapat diatasi.

"Saya juga sudah bawa dalam mesyuarat Kabinet supaya anak-anak kru, anak-anak penumpang turut dibantu dari segi pelajaran, kesihatan atau apa sahaja bantuan yang boleh kerajaan berikan kepada mereka.

"Sebagai contoh, jika mereka ke hospital mendapatkan rawatan atau ke sekolah mungkin sedikit kelebihan diberikan kepada mereka," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan