Serangan Di Nice: Tiada Pelajar Malaysia Jadi Mangsa

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 12:21 PM

-foto AP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis berkata tiada pelajar tempatan menjadi mangsa dalam serangan maut pengganas di Nice.

Persatuan itu mengesahkan perkara itu dalam catatan di laman Facebook MASAFrance, selepas berlakunya serangan pembunuhan beramai-ramai pada malam Khamis menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang maut.


"Kami, para pelajar Malaysia di Perancis, benar-benar terkejut mengetahui tentang serangan terbaru di Nice pada Hari Bastille.

"Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa. Dapat dikatakan bahawa tidak ada pelajar Malaysia telah cedera semasa kejadian ini," menurut posting tersebut.

Kementerian Luar masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada terdapat mana-mana rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam tragedi itu.

Sambutan Hari Bastille di bandar Nice, Perancis berakhir dengan peristiwa berdarah dan air mata apabila sebuah trak putih yang besar merempuh ke arah orang ramai yang berkumpul di Promenade des Anglais untuk melihat pertunjukan bunga api.

Pegawai-pegawai tempatan menemui senjata api dan bom tangan di dalam trak, dengan saksi melaporkan berlakunya aksi berbalas tembakan sebelum pemandu trak itu ditembak mati oleh polis.
Tags / Kata Kunci: pelajar Malaysia , serangan Nice

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan