Terbang Ke P.Pinang Semata-Mata Untuk Durian

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 12:59 PM

Dari kiri: Pekerja gerai, Lim Jet Ean sedang melayan Patrick, Stephen dan Helen di gerai durian Poh Beng di Jalan Tengah, Bayan Baru, P.Pinang.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Harga durian yang begitu tinggi di Singapura telah menyebabkan peminat-peminat 'raja buah' dari negara itu sanggup terbang ke negeri ini.

Stephen Tan, 55, berkata harga durian di negaranya 'agak tidak masuk akal' pada masa sekarang.

Ahli perniagaan itu berkata, durian jenis Musang King, yang dikenali sebagai Mausan dalam masyarakat Hokkien Pulau Pinang, dijual pada harga minimum S$28 (RM82.50) bagi setiap kilogram.

"Harga itu hanyalah bagi yang bergred sederhana. Durian Ang Heh (Udang Merah) dijual dengan harga sekurang-kurangnya S$18 (RM53) bagi setiap kilogram. Harganya tinggi disebabkan hasil yang rendah pada tahun ini.


"Tahun lepas hasilnya lebih banyak dan harga purata adalah serendah S$9 (RM26.50) bagi setiap kilogram," katanya ketika ditemui di gerai durian Poh Beng di Jalan Tengah, Bayan Baru.


Stephen datang ke Pulau Pinang bersama kakaknya Helen, 57, dan abangnya Patrick, 72.

Selepas mendarat di lapangan terbang, mereka terus pergi ke gerai jualan untuk menikmati durian jenis D24, Ang Heh dan Hor Lor.


Beliau berkata durian di Singapura kebanyakannya diimport dari Batu Pahat dan Muar di Johor serta dari Pahang.

"Sekarang tidak banyak durian dihantar ke Singapura disebabkan hasil yang lebih rendah dan permintaan yang tinggi di Malaysia," katanya.

Stephen, yang mempunyai hartanah di Pulau Pinang, berkata beliau berharap untuk makan durian Black Thorn tetapi kecewa apabila mendapat tahu ia telah habis.


"Itulah jenis durian kegemaran saya selain Cheh Phoy (Kulit Hijau) dan Ang Heh.

"Saya terpaksa membuat pesanan dua hari sebelum datang ke sini," katanya.

Teoh Nai Teik, 35, yang merupakan pemilik gerai durian Ah Teik, yang terletak di persimpangan Jalan Macalister dan Lorong Susu, mengakui bahawa ramai warga Singapura berkunjung ke gerainya.

"Mereka sukakan Musang King walaupun sekarang harganya mahal. Saya terpaksa menjualnya pada harga RM70 hingga RM75 sekilogram.

"Tahun lepas, saya boleh menjualnya dengan harga RM50 sekilogram.

"Susah untuk mendapatkannya sekarang," katanya sambil menambah harga untuk durian jenis Ang Heh dan Hor Lor masih munasabah iaitu RM35 sekilogram.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan