Stok Inflator Beg Udara Takata Cukup Pada Pertengahan Ogos - Honda

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 9:35 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia akan mempunyai stok inflator beg udara sebelah pemandu Takata yang mencukupi menjelang pertengahan Ogos bagi proses penggantian bahagian-bahagian yang terlibat dalam panggilan semula.


Honda dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Takata Corporation untuk meningkatkan bekalan bahagian-bahagian yang terlibat.

"Alat ganti bagi beg udara sebelah pemandu Takata telah mula tiba sejak minggu lepas dan kami akan memastikan alat ganti ini dihantar kepada semua penjual kami, di seluruh negara secepat mungkin," katanya.

Honda bagaimanapun tidak dapat menentukan bila keseluruhan stok inflator tersebut akan dipenuhi tetapi ia akan memaklumkan kepada pelanggan sebaik sahaja perkara itu dikemaskinikan.

Syarikat juga merancang untuk mengurangkan pengambilan Jadual Perkhidmatan Penyenggaraan Pencegahan para pengedarnya kepada 50 peratus mulai 20 Julai 2016 bagi meningkatkan kapasiti penggantian inflator beg udara.

"Memandangkan keutamaan diberikan kepada penggantian inflator beg udara, kemungkinan Perkhidmatan Penyenggaraan Pencegahan yang normal mungkin tidak dapat dipenuhi," katanya.

Honda juga akan membuka tiga hab pusat sementara bagi meningkatkan lagi keupayaan penggantian inflator beg udara di lokasi yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Hab-hab ini akan beroperasi selama tujuh hari seminggu, katanya.

Honda juga akan membuka hab-hab mudah alih, di seluruh negara, untuk memastikan proses penggantian inflator beg udara dengan lebih cepat dan mudah.
Lokasi dan butiran hab mudah alih ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: beg udara , Honda , Takata , inflator

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan