Lesen Qistna Express Digantung Berkuatkuasa Jumaat

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 5:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lesen serta 26 permit bas yang dipegang syarikat Qistna Express Sdn Bhd digantung serta merta berkuat kuasa Jumaat, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata penggantungan lesen untuk tempoh sebulan itu bermula hari ini sehingga 13 Ogos depan.

"Ia dilakukan berikutan syarikat terbabit tidak mematuhi Kod Amalan Industri SPAD (Keselamatan) atau 'SPAD ICOP Safety' dan syarat-syarat Lesen Pengendali yang lain.

"Setelah ia digantung, tiket-tiket yang telah dibeli pengguna akan dipulangkan semula atau dialihkan kepada syarikat operator bas lain," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Katanya pihak Terminal Bas Sepadu (TBS) akan membantu dalam menguruskan soal pertukaran penumpang bas Qistna Express kepada syarikat operator bas yang lain. 

Menurut Syed Hamid, SPAD akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan kesemua pengendali bas menjalankan operasi dengan kenderaan mereka berkeadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas serta keselamatan jalan raya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di TBS mendapati notis penggantungan syarikat bas itu telah mula ditampal di sekitar terminal bas berkenaan.

Dalam pada itu, pegawai SPAD turut memaklumkan sistem penjualan tiket bastersebut di semua kaunter tiket telah dihentikan bermula petang semalam.

Ahad lepas, sebuah bas ekspres milik syarikat itu telah merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan