Sektor Swasta Perlu Beri Keutamaan Pada R&D, Inovasi - PM

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 7:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sektor swasta perlu memberi lebihkeutamaan dan meningkatkan perbelanjaan bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta inovasi untuk memastikan negara mencapai ekonomi mampan dan berdaya tahan kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Perdana Menteri berkata ini juga akan meletakkan Malaysia di landasan yangbetul bagi mencapai status negara maju. 

Beliau berkata bagi memastikan Malaysia mencapai hasil yang lebih baik, negara tidak perlu bimbang atau malahan teragak-agak untuk melabur dalam inovasi, penyelidikan dan pembangunan.  

"Kita mesti berusaha untuk meningkatkan R&D dan penghasilan inovasi kita,"katanya dalam catatan terbaharu di Najib Razak.com blog. 

Najib, yang juga menteri kewangan berkata komitmen Malaysia kepada R&D masih ketinggalan di belakang ekonomi berpendapatan tinggi dan pertengahan, hampir kepada 1.1 peratus.  Ini agak rendah berbanding purata perbelanjaan dunia bagi R&D iaitu pada 2.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) manakala perbelanjaan ekonomi berpendapatan tinggi hampir kepada 2.5 peratus, katanya. 

Perdana Menteri berkata pengeluaran tempatan perlu meneladani negara-negara seperti China yang mengambil langkah padu dari segi inovasi dan menerajui pasaran dunia, terutamanya dalam sektor teknologi maklumat dan telekomunikasi.  

Pengeluaran inovasi China (permohonan paten) meningkat 17 kali ganda kepada 928,177 pada 2014 daripada 51,906 pada 2000. 

"Bagi Malaysia, permohonan paten kita meningkat daripada 6,227 pada 2000 kepada hanya 7,620 pada 2014. 

"Kita hidup dalam dunia yang amat kompetitif dan inovasi adalah kunci bagi memastikan ekonomi kita berkembang dan kekal berada dihadapan yang lain,"tegasnya.  

Bagi memacu agenda inovasi, Najib berkata ia perlu dilihat daripada semuaaspek termasuk peranan kerajaan, guru, ibu bapa dan sektor swasta. 

Beliau berkata kerajaan akan terus menggalakkan aktiviti inovasi dalam sektor swasta menerusi program pendidikan, geran R&D dan insentif. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , R&D , Swasta

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan