PDRM Nafi Temuduga Terbuka Jawatan Konstabel

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 9:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin terdapat temuduga terbuka dan ujian fizikal bagi jawatan konstabel di seluruh negara seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan pada Jumaat berkata, dakwaan temuduga yang akan diadakan mulai 5 hingga 30 November ini adalah tidak benar dan unit pengambilan Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti yang tersebar itu. 

"Pengumuman rasmi mengenai pengambilan sebarang jawatan polis hanya dibuat melalui portal rasmi www.rmp.gov.my dan Facebook rasmi www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia," katanya. 

Katanya, calon yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan akan dipanggil untuk proses pemilihan sekiranya eksesais pengambilan unit PDRM dijalankan.

Sehubungan itu, warga Malaysia yang berminat boleh memohon melalui pendaftaran secara dalam talian di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my. -Bernama

Tags / Kata Kunci: PDRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan