Pelajar Malaysia Cedera Dalam Serangan Di Nice

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 8:29 PM

Gambar Chuah yang dimuatnaik di laman Facebook oleh bapanya (Chuah Tze Leng) petang Jumaat.

(Ubah saiz teks)

NICE: Seorang pelajar Malaysia dari Universiti Teknologi dan Rekabentuk Singapura (SUTD) mengalami kecederaan ketika insiden serangan pengganas di Nice pada Khamis.

Esmond Chuah,22, salah seorang daripada 12 pelajar SUTD yang sedang mengikuti program musim panas di Nice.

Pelajar-pelajar tersebut mengikut program selama tiga minggu bermula 3 Julai lalu dan dijangka kembali minggu depan.

Chuah merupakan pelajar tahun ketiga bersama beberapa pelajar dari universiti lain berada di tempat kejadian, tanpa rakan-rakannya yang lain.

Jurucakap SUTD, memberitahu The Straits Times bahawa keadaan Chuah 'tidak mengancam nyawa' dan enggan memberi penjelasan lanjut bagaimana pelajar itu mendapat kecederaan.

"Dia kini berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital dan sudah menghubungi ibu bapanya," jelas jurucakap itu.

Tambahnya, sebelas lagi pelajar yang lain berada dalam keadaan selamat.

Selain Chuah, terdapat tujuh lagi warga Singapura bersama kumpulan ini termasuk dua pelajar yang mendapat penduduk tetap, satu Vietnam dan seorang Indonesia.

Presiden SUTD, Profesor Thomas Magnanti berkata: "Kami terus berhubung  dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Kementerian Luar Negeri, kedutaan dan bekerjasama dengan Perkhidmatan SOS Antarabangsa untuk memberi sokongan dan kaunseling.

"Kami juga terus berhubung dan melaporkan keadaan terkini kepada  ibu bapa mereka."

Jelasnya, sebelas pelajar lain dinasihatkan berada di asrama mereka dan memberi perhatian kepada arahan keselamatan daripada pihak berkuasa Perancis.

Sebelum itu, bapa Chuah telah menyiarkan rayuan di Facebook untuk mendapat maklumat mengenai keadaan anaknya.

"Sila mencari anak saya Esmond Chuah Hooi Ong (SUTD Singapura) yang cedera dalam serangan di Nice, Perancis pagi ini. Harap dapat tahu keadaannya sekarang," status Chuah Tze Leng yang dimuat naik pukul 4 petang.-The Straits Times/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Pelajar malaysia , Nice

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan