"Kita Lihat Sahaja Apa Yang Parti Baharu Itu Tawarkan" - Salleh

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 9:03 AM

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Kita lihat sahaja apa yang parti baharu yang akan dibentuk dan pakatan baharu ini menawarkan kepada Malaysia," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dalam blog terbaharu beliau bertajuk "Mahathir's last throw of the dice," Salleh berkata banyak parti dan pakatan baharu telah ditubuhkan dalam tempoh 65 tahun yang lalu sejak 1951.

"Ada sesetengah dapat bertahan sehingga sekarang sementara kebanyakannya  telah berkubur. Kadang-kadang pengundi lebih suka kepada parti yang telah dicuba dan diuji daripada parti yang tidak diketahui dan belum diterokai,"katanya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.


Pakatan pembangkang yang baharu itu turut disertai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebagai parti komponen.

Menurut Salleh, sebuah parti atau gabungan adalah semata-mata sebagai  landasan atau jalan menuju ke akhir.

"Apa yang lebih penting ialah apa yang mereka harap untuk mencapai dan bagaimana mereka berharap untuk mencapainya.

"Senarai parti dan gabungan yang dibentuk dan kemudian berkubur begitu banyak sekali. Ia bukan setakat menubuhkan parti dan gabungan untuk memenangi pilihan raya," kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan