Kedutaan Perancis Batal Sambutan Hari Kebangsaan - Berita Semasa | mStar

Kedutaan Perancis Batal Sambutan Hari Kebangsaan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 3:38 PM

-foto AP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis di sini telah membatalkan sambutan Hari Kebangsaan negara itu berikutan serangan pengganas di Nice.

Menurut satu kenyataan di laman web kedutaan, acara itu, yang dijadualkan pada Sabtu, telah dibatalkan sebagai tanda solidariti terhadap keluarga mangsa.


Sambutan Hari Bastille di bandar Perancis berakhir dengan pertumpahan darah dan air mata selepas sebuah trak putih dipandu laju sepanjang dua kilometer dan merempuh kumpulan orang ramai yang berkumpul di Promenade des Anglais berhadapan pantai untuk menyaksikan pertunjukan bunga api hari kebangsaan pada malam Khamis.


Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve dilaporkan berkata, angka kematian berjumlah 80, dengan sejumlah mangsa yang lain cedera termasuk 18 dalam keadaan kritikal.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan