'Bau Ayam' Selamatkan Nyawa

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 11:25 AM

Jess Tan bersama anak perempuannya yang berusia satu tahun.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tidak suka dengan bau ayam yang diproses di kilang mungkin telah menyelamatkan nyawa Jess Tan, isteri kepada joki, Chung Wah Thong yang ditembak mati oleh abangnya, Chung Chun Wah.

Seorang rakan yang rapat dengan keluarganya berkata Jess tidak selesa dengan bau dan persekitaran kilang memproses ayam justeru dia memilih untuk tidak bermalam di sana.

Sebaliknya, Jessi telah bersama dengan anak perempuannya yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama, dua minggu lalu.

"Jess memilih untuk tinggal di rumah keluarganya di Paya Terubong dan tidak bersama suami dan anak lelakinya yang berusia dua tahun, Ayden, di kilang apabila lelaki itu menembak mati Wah Thong dan ibunya, Tan Saw Sim serta Ayden, bersama dengan rakan kongsinya Toh Hock Choon.

"Saya rasa takdir telah menentukan Jess terlepas daripada tembakan kejam itu. Kalaulah dia berada di sana, dia juga akan ditembak mati," kata rakannya itu ketika ditemui di upacara pengebumian di Batu Gantung.

Kejadian tembak itu berlaku di sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung kira-kira pukul 2.45 pagi Rabu.

Jess berkata, Ayden tentunya masih hidup jika dia tidak terus berada di kilang itu dengan bapanya.

Ibu berusia 27 tahun itu berkata, suaminya telah membawa Ayden ke kilang untuk menghabiskan masa bersamanya dan Hock Choon semasa Hari Raya.

"Ayden rapat dengan neneknya dan Hock Choon dan kami buat keputusan untuk membiarkan dia tinggal bersama mereka selama satu hari lagi," katanya, sambil menambah mereka pada mulanya merancang membawa Ayden pulang ke rumah sehari sebelum kejadian.

Jess berkata suaminya pergi ke kilang untuk membantu Hock Choon yang juga bapa saudaranya kerana mereka kekurangan pekerja disebabkan permintaan ayam yang lebih tinggi semasa Hari Raya.

Jess berkata, beliau tidak faham mengapa Chun Wah, abang iparnya yang sangat sayangkan Ayden dan seringtmembelikannya barang mainan boleh bertindak begitu kejam terhadap anaknya.

"Dia selalu membeli mainan untuk Ayden dan bermain dengannya setiap kali mereka bertemu. Saya tak tahu mengapa dia tiba-tiba menjadi begitu agresif dan membunuh anak dan suami saya yang tidak berdosa," kata wanita itu.

Walaupun sukar melupakan tragedi itu, Jess berkata dia mahu terus tabah dan mula bekerja sebagai jurusolek.

Kakak sulung Wah Thong, Chung Lee Ping berkata kilang itu akan ditutup sehingga Ahad berikutan tragedi itu.
Tags / Kata Kunci: kes tembak , Jess Tan , kilang ayam

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan