Universiti Pecat Pensyarah Di Sebalik Isu Titas

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 12:28 PM

Datuk Seri Idris Jusoh

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sebalik kontroversi slaid kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) telah dipecat, kata Datuk Seri Idris Jusoh.

Menteri Pengajian Tinggi, dalam satu temu bual bersama stesen radio BFM untuk program 'The Breakfast Grille' pada pagi Khamis, berkata keputusan itu dibuat oleh universiti.


"Mereka (UTM) adalah autonomi ... mereka menggaji pensyarah itu dan mereka mempunyai hak untuk memecat beliau. Dan saya diberitahu semalam bahawa beliau telah dipecat," katanya.

Idris berkata kementerian memandang serius perkara itu justeru 'tindakan tegas' perlu diambil terhadap pensyarah terbabit.

Slaid pembentangan subjek Titas yang memberi fakta salah mengenai agama Hindu dan Sikh telah membangkitkan kemarahan masyarakat selepas diviralkan di laman sosial baru-baru ini.

Slaid tersebut merupakan sebahagian daripada subjek Titas UTM, yang wajib diambil semua pelajar pengajian tinggi tanpa mengira agama.


Ditanya sama Titas masih relevan, Idris berkata pensyarah berkenaan yang telah tersasar daripada garis panduan sebenar.

"Dia tidak menggunakan kokurikulum yang disediakan oleh kementerian dan ia perlu difahami sepenuhnya.

"Kami telah memberitahu pensyarah bahawa ia perlu selaras dengan dasar-dasar kerajaan," katanya.

Berdasarkan laporan UTM yang ditunjukkan kepada The Star, universiti itu kini sedang mengkaji semula modul Titas.

Universiti ini juga memantau kaedah pembelajaran Titas dan mengkaji model itu mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan oleh kementerian.
Tags / Kata Kunci: Titas , UTM , Datuk Seri Idris Jusoh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan