Tragedi Berlaku Dua Minggu Selepas Sambut Hari Jadi Anak

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 3:42 PM

Chung Wah Thong (kanan) bersama isterinya, Jess Tan dan anak lelakinya.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kali terakhir mereka bertemu, Dr Tan Swee Hock dapat melihat kegembiraan dan kebahagiaan pada wajah Chung Wah Thong ketika dia menyambut ulang tahun pertama kelahiran anak perempuannya di sebuah hotel di Jalan Gottlieb di sini, kira-kira dua minggu lalu.

Malah, Chung, yang juga dikenali sebagai 'Cacing' di kalangan komuniti lumba kuda, turut datang ke rumah bekas pelatihnya itu untuk membawanya ke majlis tersebut.


"Saya tiada kereta pada hari itu kerana ia digunakan isteri saya. Chung bukan sahaja menjemput saya ke parti itu, tetapi dia juga menawarkan diri untuk membawa saya ke sana.

"Seluruh keluarganya sangat gembira ketika itu. Saya betul-betul terkejut dengan berita kematiannya.

"Dia seorang yang baik dan bersopan santun," kata Dr Tan, sambil menambah kedua-dua mereka berkongsi hari jadi yang sama iaitu pada 24 September.

Chung menyertai Dr Tan di Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang pada 2008 dan menyertai Kelab Lumba Kuda Selangor dua tahun lalu sebelum ke Singapura.

Sepanjang kerjayanya dalam tempoh lebih dari lima tahun, dia telah memenangi 30 perlumbaan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM1.2 juta.

Chung tidak pernah menunggang sejak Mac selepas dia digantung selama setahun kerana kuda Real Hero yang ditunggangnya dalam perlumbaan di Kelab Lumba Kuda Kranji, Singapura tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Seorang pemilik kuda, Janet Tan menyifatkan Chung sebagai joki muda yang berdedikasi dan berdisiplin.

"Setakat yang saya tahu, dia tidak minum arak atau bukan seorang perokok. Dia juga seorang yang bekerja keras. Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya," katanya.

Seorang lagi rakan yang rapat dengan keluarganya, Nordin Lazam, 53, berkata dia mengenali Chung sejak berusia 17 tahun.

"Saya percaya ahli keluarga terdekat yang dikehendaki telah terlibat dalam kes ini.

"Saya dengar ibu Chung telah memberi (suspek) wang untuk memulakan perniagaan ternakan sendiri, tetapi ia tidak berhasil.

"Dia juga selalu melawat keluarga ini dan meminta wang," kata Nordin ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang, Rabu.

Di rumah mayat, isteri Chung, Jess Tan dan kakaknya menangis teresak-esak.

Dia juga menyiarkan gambar keluarganya dalam aplikasi WeChat dan menulis mesej panjang untuk menggambarkan emosinya.

Ia juga merupakan gambar terakhir keluarga, katanya.
Tags / Kata Kunci: kes tembak , ladang ayam , Chung Wah Thong

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan