Pusat Beli-Belah Selamat, Tiada Ancaman Di JB - Polis

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tahap keselamatan di negeri ini termasuk di pusat beli-belah berada dalam keadaan baik tanpa sebarang ancaman.

Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, orang ramai tidak perlu bimbang berhubung artikel yang disiarkan dalam sebuah akhbar Singapura baru-baru ini yang menggambarkan pusat beli-belah di Johor Baru dan kawasan pelancongan popular di sini sebagai tidak selamat.

Beliau berkata artikel itu yang disiarkan pada 10 Julai lalu telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

"Polis sedang memantapkan keselamatan dan berada dalam keadaan berjaga-jaga di kawasan-kawasan ini bagi memastikan keselamatan awam. Rondaan dibuat bukan sahaja pada musim perayaan tetapi sepanjang tahun.

"Menempatkan lebih ramai anggota kita di jalan-jalan dan di pusat beli-belah menunjukkan bahawa kita sentiasa bersedia untuk sebarang kejadian," kata SAC Zakaria selepas menghadiri rumah terbuka anjuran polis trafik Johor di sini, Khamis.

Beliau menambah artikel itu turut memberi gambaran bahawa polis tidak bercakap benar atau menyembunyikan fakta tentang kemungkinan serangan di Johor Baru.

"Saya sama sekali menafikan perkara ini. Kehadiran kami adalah untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negeri ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan