Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Sentimen Bertambah Baik

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 12:42 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia, yang akan dapat merangsang pertumbuhan ekonomi lebih kukuh telah membantu melonjakkan ringgit berbanding dolar AS pada Rabu, kata para peniaga.

Pada 5 petang, ringgit berada pada 3.9690/9740 berbanding dolar AS daripada 3.9785/9825 sebelumnya.

Seorang peniaga berkata langkah oleh bank pusat itu akan memastikan ekonomi terus berkembang, dalam keadaan persekitaran luar yang mencabar.

Sementara itu, Naib Presidan dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata penurunan OPR itu tidak akan membawa kesan negatif ke atas ringgit, melainkan terdapat lebih banyak pelaburan asing masuk ke dalam negara.

Nilai saksama rasmi bank pelaburan itu bagi ringgit tahun ini adalah antara 3.95 dan 4.00.

BNM dalam langkah mengejutnya mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, yang pertama sejak 2009, bagi memastikan ekonomi kekal berada di landasan kukuh.

Pada Rabu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi, kecuali berbanding pound British apabila ia turun kepada 5.2637/2715 daripada 5.2309/2382 semalam.

Pound British diniagakan tinggi susulan pengumuman United Kingdom (UK) bahawa Theresa May akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri berkuat kuasa Rabu.

Selain itu, berita bahawa Bank of England menimbang menurunkan kadar faedahnya ke paras rendah baharu juga menyediakan kelegaan kepada ekonomi UK dan mata wangnya selepas negara itu mengambil keputusan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 2.9446/9492 daripada 2.9512/9548 manakala berbanding yen, unit tempatan naik kepada 3.8039/8098 daripada 3.8477/8527.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.3889/3960 daripada  4.4197/4254, Selasa.
Tags / Kata Kunci: ringgit , OPR , BNM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan