Kerajaan Pulau Pinang Diingatkan Kemuka Dokumen Untuk Jambatan Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 12:03 AM

Fadillah Yusof.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengesahkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang masih belum mengemukakan sebarang dokumen atau menetapkan tarikh menemui kementerian berhubung projek jambatan ketiga. 

Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kementeriannya menegaskan lagi bahawa ia komited dalam membuat penilaian adil terhadap cadangan jambatan ketiga itu, untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.

"Kami mengingatkan kerajaan Pulau Pinang agar berkongsi dengan kami semua dokumentasi relevan, agar kami dapat membuat keputusan bermaklumat demi kepentingan rakyat," kata beliau. 

Beliau menambah, satu daripada dokumen utama yang dikehendaki ialah kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk bernilai RM305 juta yang hampir siap yang telah ditauliahkan dan dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk projek terowong bawah laut dan hubungan jalan raya berkaitan.

Fadillah berkata dua bulan lepas, kerajaan Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa kajian berkenaan yang berkaitan dengan tiga jalan raya berhubungan telah siap 100 peratus sementara kajian kebolehlaksanaan bagi terowong itu sendiri siap 83 peratus. 

"Seperti dinyatakan terdahulu, memperkenalkan link ketiga boleh mengubah dinamik aliran lalu lintas dalam sistem jalan raya Persekutuan dan negeri.  

"Oleh itu kesan aliran penyuraian lalu lintas mestilah dikaji secara terperinci dan dikemukakan sebagai bahagian daripada proses. Kita tidak mahu memburukkan lagi keadaan lalu lintas yang sudah sedia sesak di pulau itu," kata beliau. 

Beliau berkata, kajian selanjutnya diperlukan bagi menentukan impak jambatan ketiga terhadap operasi perkapalan dan pesawat penerbangan dengan jajaran yang dicadangkan sekarang.

Fadillah menegaskan kementeriannya berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang secara profesional demi menentukan kebolehlaksanaan dan penetapan masa link ketiga yang dicadangkan ke tanah besar. 

Pada 16 Jun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan yang beliau akan memohon pertemuan dengan Menteri Kerja Raya bagi membincangkan projek jambatan ketiga itu.  

Jambatan itu yang akan menghubungkan Pesiaran Gurney di Pulau Pinang dengan Bagan Ajam di tanah besar dianggarkan menelan kos RM1.8 bilion. - Bernama

Tags / Kata Kunci: jambatan ketiga

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan